<b>Memancing di Kedah</b> - Pancing Kedah - Memancing di Kedah |
- <b>Memancing di Kedah</b> - Pancing Kedah
- <b>Memancing di Kedah</b> - Pancing Kedah
- <b><b>Memancing di</b></b></b> <b><b>Kedah</b></b> | <b>Pancing</b <b>...</b>
- <b>Memancing di Kedah</b></b></b></b></b> - Pancing Kedah
<b>Memancing di Kedah</b> - Pancing Kedah Posted: 21 Oct 2014 04:45 PM PDT Here are the basic things you need to know for your first time fishing adventure. 1) How to fish with bait * Tackle. To plunk the bait, you should purchase lead weights. The weight of the lead would vary depending on the current of the environment. Anglers commonly use and recommend bank sinkers with a number-two hook. To avoid sinkers to slide, you would need a swivel to act as a stop. To protect the knot, you could use plastic beads between the swivel and weight. Using two appropriate swivels could allow you to rig the sliding sinkers. * Bait. The commonly used bait for all kinds of fishes is worms. Another popular bait is chicken liver. Remember to buy fresh bait and keep them cold to avoid them from getting soft and allowing the bait to stay within your hooks. Some of the commonly used baits are cut-baits which include skin from fried chicken, fish entrails, grasshoppers, salmon eggs, shrimps and crayfish tails. 2) How to fish - There are three basic methods for fishing. * Plunking - It is the most common method used. Use a suitable amount of weight for you to be able to take hold of the bait in a position which is against any current. An option in plunking is to use minimal weight for the bait to move along with the water current. * Back bouncing - It is done by lifting the bait out the bottom and raising the tip of the rod for one to two feet. Allowing the bait to walk with the current, you should free the back reel or spool. Repeat the steps when the lure settles down on the bottom. Back bouncing is effective in deeper water like fishing in a boat. * Drift-fishing - It is a simple method wherein you cast upstream or downstream. This may vary depending on the current's amount. You should count the appropriate depth and start reeling. 3) How to fish from a boat - It is important to determine in which location you would perform your fishing. Deeper water needs heavier jigheads compared when fishing on shore. * With heavy weight which keeps your bait near the bottom of the water and the line straight down from your boat, you are able to drift the boat along with any current. A good technique of fishing on boats is trolling slowly with a fishing device called bottom-walker. Fishing is easy as long as you're enjoying the trip. Bring some of your family and friends along and make your first time fishing a memorable one. So here are some pictures that have been taken in my first time fishing at Sandakan... |
<b>Memancing di Kedah</b> - Pancing Kedah Posted: 09 Nov 2014 03:14 PM PST Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan). Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru. Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu. Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut. Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri. Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok. Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi ikan jenis belida dan lampam. Selain daripada itu antara lubuk ikan air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan ikan tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran. Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu. Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk ikan . Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan . Antara spesies ikan yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang. Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu. Jenis ikan yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu. Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang. Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis ikan yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia. Jika ingin memancing ikan air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga ikan kepada kaki pancing terutama ikan jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi. Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk ikan di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan. Lubuk-lubuk ini terkenal dengan ikan pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah. Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor. Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut. Johor juga cukup terkenal dengan lubuk ikan laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies ikan merah. Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak. Ikan ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh. Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala ikan sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau. Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Kalau di laut ia terkenal dengan ikan layaran manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi ikan jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau. Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol. Ikan yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi. Spesies ikan air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik. Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis ikan kelah, baung, sebarau dan patin. Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies ikan air tawar yang lain seperti keli serta haruan. Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk ikan seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan. Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar. Manakala di laut Mukah terdapat ikan jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat ikan jenis pari, buntal, jenahak dan baung. Ikan jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan ikan jenis talapia dan ikan gergasi empurau selain udang galah. Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan ikan tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan gerpoh atau GT. Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah. Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi ikan jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan ikan merah. Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing. |
<b><b>Memancing di</b></b></b> <b><b>Kedah</b></b> | <b>Pancing</b <b>...</b> Posted: 23 Oct 2014 03:30 PM PDT Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:- Snorkel di sekeliling pulau lawatan ke rumah panjang sukan memancing memancing di tepi pantai menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.' membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar Berkayak Menjamu selera dengan makanan laut segar. Kampung Air. Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama. Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman. Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah. Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan. The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina. Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut. Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia. Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India. Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun. Peace Park terletak di Layang-Layangan. Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945. Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia. Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini. 4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:- Hotels Sheraton Hotel Tiara Labuan Hotel and Service Apartment Beta Service Apartment The Waterfront Manikar Beach Resort Boutique Hotel Sara Hotel 2-Star Hotel Hotel Global Mariner Hotel Budget Hotel Hotel Pulau Labuan Hotel Ambassador Victoria Hotel Pulau Labuan Inn Hotel Pulau Labuan - branch Sky Global Hotel |
<b>Memancing di Kedah</b></b></b></b></b> - Pancing Kedah Posted: 09 Oct 2014 03:15 PM PDT Bersedia untuk tawan ikan besar di Langkawi,yang amat memuaskan hati.Para kaki pancing bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama turun ke laut untuk bertarung dengan ikan yang besar.Memang puas hati,saya coretkan sedikit pengalaman saya sambil bercuti dengan keluarga di Langkawi. Pada bulan Julai sebelum puasa saya dah rancang nak bawa keluarga untuk bercuti di Langkawi.Seperti sedia maklum kawan-kawan saya yang baru bersara dari ATM,telah pun bercuti bersama keluarga,cuma saya saja yang belum sebab kesibukan berkursus dan kerja, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan dulu. Pada mulanya perancangan saya,bercadang untuk holiday kat Pulau Perhentian Terengganu,namun selepas kursus Nature Guide di Perlis, bertemu dengan kawan-kawan yang mojoriti datang dari Langkawi.So..holiday saya bertukar sebab kawan-kawan nak buat reunion dan dinner kat Langkawi beserta dengan saya dan geng dari Perak ada 5 orang sahaja,yang lain 25 orang semua orang Langkawi. Bot fiber 23 kaki,melalui Pulau Tikus pemandangan yang menarik..kadang-kadang jetsky melintas di laluan yang menganggu keselesaan kami tengah menunggu ikan,untuk ditarik..memang best gilerr..enjoy la..memang terbaik..nak try jom...kita turun tengok baru tau...macamana nak tawan ikan besarr...rasa-rasa esok nak pi lagi.. |
You are subscribed to email updates from memancing di kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |