5) Memancing di Kedah - Google Blog Search

Blog Admin | Jumaat, Januari 17, 2014 | 0 ulasan

5) Memancing di Kedah - Google Blog Search


Irfan&#39;s Aqua World: Ekspedisi <b>memancing di</b> parit Kampong <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 07:06 AM PST

 








Asalamualaikum, ha nih kita bersambung. Kelmarin,kami ada pergi mancing tapi dekat parit je.Destinasinya kali ini ialah Kampong Permatang Durian, Padang Serai, Kedah.Gambar tidak banyak dipaparkan kerana kali ini kami tidak sempat untuk mengambil gambar kerana ikan sibuk meragut umpan.Meskipun pemancingan di parit tidak seberapa digemari berikutan pemacing menganggap ikannya hanya kecil-kecil sahaja.Itu terbukti sama sekali salah kerana kali kami akan menceritakan sikit tentang betapa besarnya ikan di parit melalui ekspedisi kami kali ni.

Kami mula bertolak dari Lunas pada pukul 3.30pm kerana ikan di parit itu selalunya lebih mengganas pada waktu sebegitu. Kami tiba di destinasi pada pukul 4.04pm setelah habis membuat persediaan. Kami pun mula memanicing .

Pada mulanya memang membosankan oleh kerana tiada seorang pun yang mendaratkan ikan.

Tetapi setelah lama menunggu satu sambaran telah dirasai dari Rod Memancing saya kemudian saya dengan serta-merta menyentap tali pancing dan rupa-rupanya ikan puyu yang merembat umpan saya.Kemudian Adik   tali pancng adik saya mula melawan arus dan menarik Rod memancing adik saya sehingga lentur habis-habisan lalu adik saya pun  menyentap Rod memancingnya sehingga ikan itu terpelanting keatas pokok lalu jatuh kembali diatas tanah.


Adik saya menyelamatkan ikan itu habis-habisan kerana dia tahu ikan itu munkin akan jatuh ke dalam air semula dia menypak ikan itu sehingga naik semula ke tebing.Kami terkejut kerana ini rekod pertama di parit ini yang kami mendapatkan ikan keli seberat 1.50kilogram ke atas


Kemudian kami dikejutkan lagi dengan tok wan kami yang mendaratkan ikan baung di situ.Kemudian adik saya mengejutkan lagi kami dengan ikan keli yang lebih berat.Beberapa minit kemudian kami mendaratkan ikan Tebal Sisik seberat (0.9kilogram}.Tokwan kami mula mendaratkan ikan Bujuk sebesar lengan kami menyangka ianya adalah seekor ular kerana semasa di dalam air kepala ikan itu seakan-akan ular.


Pada hari itu kami telah mendaratkan banyak ikan-ikan yang besar terdiri daripada ikan Puyu,keli,putih,haruan,bujuk,temekong ,selat,tebal sisik,baung,lampam, ikan tilapia dan seluang.


Dan tidak lupa juga ikan tilapia yang dianggarkan seberat 3 kilogram ke atas yang terlepas sebelum sempat diangkat naik ke tebing, tali pancing yang mampu menampung kekuatan 20lB pun putus akibat pergelutan dengan ikan itu.Ikan2 di bawah merupakan antara hsil-hsilnya:


Dengan semua ikan-ikan besar yang kami daratkan ini dapat membuktikan bahawa dalam parit pun ada monsters ataupun (Parit Monsters).Okey sampai sini dulu lah ye.
Nanti kita akan bersambung jika ada sebarang trip-trip atau Ekspedisi yang disertai.Okey !!!




(cerita berikut disampaikan berdasarkan Ekspedisi dan trip-trip yang disertai)

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan